Impianku

Suatu ketika dahulu, impianku adalah untuk menjadi seorang doktor haiwan atau nama saintifiknya adalah veterinar. Aku berimpian sebegini adalah kerana aku dapat melihat terlampau banyak kes tentang haiwan yang didera dan diambang kepupusan. Kejadian ini masih berlaku sepertimana kes yang terakhir di Malaysia adalah dimana Badak Sumatera yang bernama Iman yang telah mati akibat kanser. Aku bercita-cita untuk memulihara dan memelihara khazanah yang telah diberikan oleh Allah SWT. 

Aku masih ingat. Sebulan setelah habisnya kehidupan asasiku, aku sering menangis ketika aku di rumah. Kerana aku tahu yang aku tidak lakukan sehabis baik untuk mendapat keputusan yang bagus. Hari-hariku hanya dipenuhi dengan tangisan, memikirkan tentang impianku yang makin terkubur. Secara jujurnya, Bacelor Komunikasi merupakan pilihan terakhirku. Orang sering memandangku tenggi dan menganggap aku akan mengambil jurusan yang lebih kepada sains. 

Tetapi, itu adalah suatu masa yang dahulu. Sekarang, rezeki aku adalah di dunia komunikasi. Lebih tepat lagi, bidang kewartawanan. Tanpa aku sedari, semakin hari, aku semakin gembira dalam meneruskan bidang komunikasi. Aku lebih mahir di dalam bidang komunikasi berbanding dengan bidang sains dahulu. Walaupun orang menganggap bidang ini sebagai bidang yang senang tetapi hakikatnya tidak. Kami masih berlajar teori, cara untuk berfikiran kreatif dan kritis dan yang paling penting sekali adalah mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi untuk bercakap di hadapan. Mungkin ini adalah bidangku kerana markah aku juga lebih baik jika hendak dibandingkan dengan kehidupan asasiku.

Aku berharap agar aku akan sentiasa memperbaiki diriku untuk menjadi seorang yang lebih baik dan In Shaa Allah akan lakukan yang terbaik untuk mendapat dekan. Sampai di sini sahaja entri pada hari ini. Semoga kita berjumpa di entri yang seterusnya!


Comments