Malam Tunas Budaya 2019

Assaamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog ini!

Pada entri ini, saya akan menceritakan tentang pengalaman saya menyertai Malam Tunas Budaya 2019. Malam Tunas Budaya atau dikenali sebagai MTB adalah acara tahunan wajib bagi pelajar tahun pertama. Hal yang demikian kerana, program ini bertujuan untuk mengupas bakat pelajar dalam bidang kesenian sama ada menyanyi atau menari. Saya terpilih untuk mewakili kolej saya untuk menyertai MTB di dalam tarian kerana saya pernah beberapa kali menyertai persembahan tarian semasa saya di Asasi Pertanian UPM atau dikenali sebagai AsPer. 

Kami mengambil masa lebih kurang satu bulan untuk belajar dan menggilap tarian kami dan melunakkan lagi nyanyian para penyanyi utama dan koir. Buat pengetahuan anda, ini adalah kali pertama saya membuat persembahan di pentas besar seperti PKKSSAAS, UPM yang juga merupakan dewan besar universiti ini. Masih saya ingat, betapa sibuknya kami sehingga tidur lambat dan berasa amat penat. Namun begitu, kami sering membantu sesama kami untuk membuat yang terbaik setiap hari. 

Pada hari kejadian, kami mendapat giliran untuk membuat persembahan yang ketiga. Di sebalik tabir, dapat dilihat semua kolej yang bertanding memakai busana yang terdiri dari pelbagai warna ditambah dengan solekan, dandanan dan dihiasi dengan aksesori. Kami cuba untuk mempersembahkan tarian tersebut dengan baik tanpa menghiraukan perasaan gementar di dalam diri.

 
Gambar disebelah adalah sebelum kami melakukan persembahan

Alhamdulillah. Setelah selesainya segela perkara, kami mendapat 'Anugerah Keceriaan' disebabkan oleh kerjasama kami di atas pentas. Saya juga bersyukur kerana masih mendapat anugerah walaupun pelbagai kejadian yang terjadi di belakang tabir. Sejak hari itu, saya makin untuk menyertai lebih banyak program tarian kerana itu merupakan minat saya. 

Sampai di sini sahaja entri saya pada hari ini. Semoga berjumpa di entri seterusnya!



Comments