Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pengunjung blog saya!
Jadi, pada hari ini saya akan menceritakan tentang pengalaman saya ketika berada di Universiti Putra Malaysia di Kampus Serdang. Seperti yang anda tahu, UPM mempunyai dua kampus yang satunya terletak di Serdang, Selangor dan satu lagi terletak di Bintulu, Sarawak. Kampus Serdang juga merupakan kampus utama UPM.
Saya seorang penuntut tahun pertama di sini dan mengambil jurusan Bacelor Komunikasi. Sepanjang berada di sini, saya berasa amat senang dan gembira kerana jadual saya dipenuhi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Kampus yang terletak di Selangor ini juga mempunyai lokasi yang strategik dimana anda dapat pergi membeli barang di pusat membeli-belah atau ke pekan kecil yang dikenali sebagai Sri Serdang. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelbagai kemudahan awam seperti gimnasium di Pusat Sukan UPM dan kemudahan pengangkutan awam seperti bas di dalam kampus.
Selama 10 minggu di Kampus Serdang, di dalam kesibukan pembelajaran, saya dapat juga menyertai beberapa program dan khususnya adalah membuat persembahan tarian seperti persembahan di Majlis Graduasi di Institut Biosains UPM. Saya telah menarikan tarian Zapin Pat lipat pada hari tersebut. Paling hujung kiri adalah saya!
Selain itu, saya juga telah mewakili kolej saya untuk bermain hoki. Pada waktu ini, kami mempunyai sedikit masa untuk berlatih dan hanya berlatih dalam masa seminggu sahaja. Hal ini kerana, kami semua merupakan pelajar di dalam tahun yang berbeza dan program yang berbeza. maka, kami tidak mempunyai jadual yang sama. Tetapi, kami dapat mara ke suku akhir tanpa jangkaan kami. Dan sesungguhnya kami akan buat yang lebih baik pada sukan kolej yang akan datang. di gambar di bawah, yang ketiga dari kiri adalah saya!!
Selama saya di sini, saya telah pun menjadi lebih rapat dengan dua orang rakan yang saya berjumpa di sini bernama Aqillah dan Rabiatul. Kami telah mengenali satu sama lain sejak hari pertama lagi dan dari situ tidak pernah berpisah. Akan tetapi, Aqillah mendapat major penyiaran, Rabiatul atau dipanggil Rabia mendapat major komunikasi manusia manakala aku mendapat major kewartawanan. Walau bagaimanapun, kami masih akan berjumpa kerana subjek yang ditawarkan masih ada yang sama. Gambar menunjukkan rabia, saya dan Aqillah semasa minggu ketiga kami di sini!
Maka, sampai disini sajalah ceritaku tentang pengalaman di Kampus Serdang. Semoga kita jumpa di entri seterusnya.
Maka, sampai disini sajalah ceritaku tentang pengalaman di Kampus Serdang. Semoga kita jumpa di entri seterusnya.
Comments
Post a Comment