Pengalaman Membaca Buku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog saya!

Seperti yang kita tahu, membaca adalah sangat disyorkan dan diwajibkan kepada semua peringkat umur dari yang tua sehinggalah yang muda. Hal yang demikian kerana, membaca merupakan jambatan ilmu. Lagi banyak kita membaca, lagi banyaklah perkara yang kita dapat perolehi daripada pengetahuan am sehinggalah ke isu semasa. Maka, pda hari ini, saya akan menceritakan tentang pengalaman saya dalam membaca buku. Buku ini digelar 'I Am Malala' yang ditulis oleh Malala Yousafzai sendiri dan dibantu oleh Patricia McCormick.

Image result for i am malala latest book cover  Gambar ini menunjukkan muka hadapan novel 'I Am Malala'

Buku ataupun lebih tepatnya adalah novel autobiografi ini menceritakan tentang Malala Yousafzai tentang bagaimana kehidupan awalnya, tentang sekolah bapanya dan paling penting adalah perjuangannya terhadap pendidikan untuk kaum wanita sehingga ada cubaan bunuh terhadapnya semasa beliau berumur 15 tahun. Buku  ini telah memenangi anugerah yang digelar 'Noble Peace Prize' dan menerima banyak komen positif. Walau bagaimanapun, buku ini telah diharamkan di beberapa sekolah di Pakistan.

Buku ini dilatar tempatkan di Pakistan semasa Malala di dalam proses memperjuangkan hak wanita di dalam pendidikan. Beliau telah ditembak dengan tiga peluru oleh pihak Taliban semasa beliau di dalam bas untuk pulang ke rumah selepas peperiksaannya pada 9 Oktober. Malala ada juga meberitahu bahawa pada 11 November, beliau menjalani pembedahan untuk membaiki saraf mukanya. Sekarang, beliau dikenali sebagai gadis yang memperjuangkan pendidikan.

Apa yang menarik minat saya untuk membaca buku ini adalah kecekalan Malala Yousafza dalam menulis buku ketika beliau sedang di dalam proses pemulihan daripada tembakan tersebut. Yang kedua adalah bagaimana buku ini dapat meyentuh jiwa pembaca dari perjuangannya. Maka, saya mengesyorkan kepada anda semua untuk membaca buku ini. Oh! Lupa untuk saya beritahu. Di dalam buku ini juga terdapat gambar-gambar Malala, keluarganya dan gambar tentang penceritaan dan susana yang dihadapinya di Pakistan. Anda boleh dapatkan novel ini di Kinokuniya, Pouplar dan kedai-kedai buku yang lain.

Itu sahaja daripada saya pada hari ini. Moga berjumpa lagi di entri seterusnya!


Comments