Pengalaman Menikmati Makanan Tradisional

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog saya.

Pada hari ini, saya hendak berkongsi tentang pengalaman saya menikmati makanan tradisional. Untuk lebih spesifik lagi, saya akan bercerita tentang makanan tradisional negeri Pahang yang dinamakan Sambal Hitam. Saya tahu, ramai yang tidak biasa dengan juadah yang dipanggil sambal hitam ini kerana ianya bukanlah hidngan yang semua orang dapat hasilkan.  Terdapat juga beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk menghasilkan sambal ini dan mempunyai cara tersendiri. 

Related image

Sambal hitam merupakan juadah yang sering dimakan dengan nasi ataupun roti kosong. Rasanya yang pedas dan sedikit masam menjadi pelengkap hidangan masyrakat negeri Pahang. Ia diperbuat daripada ikan bilis, belimbing buluh dan cili. Cili yang digunakan hendaklah cili padi merah supaya kepedasan yang diberikan itu seimbang dengan rasa masam belimbing  buluh tersebut. Bagi ikan bilis, Ikan bilis tersebut hendaklah dibersihkan dan ditumbuk sehingga hancur. Ada juga sesetengah orang yang memilih untuk mengisar ikan bilis tersebut, maka sambal hitamnya akan lebih halus. Disebabkan betapa rumitnya cara untuk menghasilkan sambal ini, harganya boleh mencecah dari RM10 hingga ke RM16 untuk satu bekas yang beratnya adalah 200 gram. 

Kali pertama saya merasakan hidangan ini adalah ketika saya berumur 14 tahun dimana ketika saya pulang ke kampung halaman. Pada waktu itu, kami hendak berbuka puasa pada bulan Ramadhan. Maka, nenek saya meminta kami untuk merasa sambal tersebut untuk menaikkan selera kami. Tambahan pula,  kami tidak pernah merasainya lagi. Sejak hari itu, makanan tersebut telah menjadi juadah wajib apabila kami tidak mempunyai selera makan.

Sampai di sini sahaja entri saya pada hari ini dan semoga kita berjumpa di entri seterusnya!


Comments