Projek Mega Seni Tari Melayu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog saya!

Di setiap univeristi, anda wajib mengambil aktiviti kokurikulum untuk satu atau dua semester jikalau anda hendak lulus dan pada minggu terakhir anda akan melakukan projek mega untuk fasilitator anda menilai anda. Pusat kokurikulum juga telah memperkenalkan pelbagai jenis persatuan, kelab dan sukan supaya mahasiswa dan mahasiswi dapat memilih kokurikulum yang mereka minati. 

Untuk semester pertama pengajian, saya telah mengambil Seni Tari Melayu dan kami ditugaskan untuk mengajar suatu komuniti tariab tradisional iaitu Zapin dan juga Joget. Kami telah ke MPP Zon 8, Seksyen 24, Shah Alam. Program tersebut diadakan pada 7 Disember 2019. Program tersebut adalah bertujuan untuk mengajar komuniti di situ tentang tarian tradisional Melayu agar warisan tidak ditelan zaman. Saya juga telah terpilih untuk menjadi tenaga pengajar dan ajk protokol bagi program tersebut.

 
Gambar diatas menunjukkan saya dan beberapa orang tenaga pengajar di hari kejadian.

Sesampainya di sana, program dimulakan dengan majlis perasmian dan seterusnya sesi pengagihan kumpulan dan dua orang tenaga pengajar yang akan ditugaskan untuk sesebuah kumpulan. Program itu tidaklah terlalu formal kerana ia agak santai. Aku dan empat orang tenaga pengajar yang lain membuat demonstrasi tarian Zapin semasa sesi taklimat dan pengenalan latar belakang tentang tarian Zapin dan Joget.


 

Gambar diatas menunjukkan kami, tenaga pengajar mendemonstrasikan tarian Zapin.

Seterusnya, kami semua memulakan sesi pengajaran dengan memperkenalkan tentang asas tarian tersebut. Bagi kumpulan saya dan pasangan saya, Azimah, kami membuat keputusan untuk mengajar Zapin kerana kami lebih tahu dan biasa dengan asas Zapin.


Gambar diatas menunjukkan kami sedang mengajarkan tarian Zapin kepada ahli kumpulan

Di sebelah petang pula, kami meneruskan program dengan mini pertandingan. Mini pertandingan ini merangkumi segala latihan yang telah kami lakukan semasa sesi pengajaran tadi. Tujuannya hanyalah untuk berseronok dan menjadi lebih rapat dengan komuniti di situ. Kumpulan saya dan Azimah mendapat giliran pertama dalam membuat persembahan di mini pertandingan tersebut.


 
Gambar disebelah menunjukkan ahli kumpulan kami sebelum membuat persembahan

Saya sering mengingatkan ahli kumpulan saya untuk berseronok dalam masa yang sama ketika mempersembahkan tarian. Di akhir program ini sewaktu penyampaian hadiah, kumpulan saya mendapat tempat ketiga daripada lima kumpulan di dalam pertandingan tersebut. Saya berasa amat kagum kerana tarian Zapin bukanlah tarian yang senang tetapi mereka mampu untuk melakukannya dan mendapat tempat ketiga.

Akhir kata, program ini amatlah membantu dalam memelihara warisan budaya melayu kita. Maka, usaha daripada pelbagai pihak amatlah penting untuk menjalankan misi memelihara budaya. Saya amatlah bangga kerana dapat menjadi salah seorang yang berpeluang mempelajari tarian tradisional.

Sampai di sini sahaja entri saya. Semoga kita berjumpa di entri seterusnya!

Comments