Ini adalah aku bersama rakan karibku daripada asasi. Kami bertiga sekelas dan sejak hari pertama kami berkenalan, kami sudah menjadi akrab. Yang tengah itu bernama Adlina dan yang paling kanan adalah Syifa. Aku masih ingat ketika aku di asasi, merekalah yang sering menjaga dan membimbing aku apabila aku sedih, marah mahupun gembira. Merekalah antara orang yang aku sayangi dari hari asasiku. Mungkin pengenalanku bersama mereka amatlah sekejap tetapi aku dapat merasakan bahawa kami adalah adik-beradik yang dilahirkan dari keluarga yang berbeza. Jika dahulu, kami sering berjumpa semasa hendak ke kelas. Namun sekarang, Adlina sedang mengambil program bacelor vetrinar manakala Syifa mengambil program bacelor di dalam sains pemakanan manakala aku mengambil program bacelor komunikasi. Kami masih lagi berjumpa di acara-acara yang dianjurkan oleh pihak universiti ataupun kami akan berjumpa di pusat membeli belah atau keluar untuk makan bersama. Aku berharap agar persahabatan kami akan menjadi kukuh sehinggalah ke hari tua nanti.
Comments
Post a Comment