Syurgaku Terletak Di Keluargaku




Syurgaku terletak di keluargaku. Di mana sahaja mereka berada, aku sentiasa akan menitipkan doaku kepada mereka. Aku merupakan cahaya mata yang pertama ibu bapaku. Harapan sulung mereka. Ya, sudah tentu aku merasakan beban kerana aku haruslah menjadi anak yang berjaya supaya dapat menjadi contoh kepada adik beradikku. Ya, aku sentiasa mencuba sehabis baik di dalam kerja yang aku lakukan. Adik beradikku, walaupun kami sering bertikam lidah, perasaan rindu tetap hadir apabila kami berjauhan. Apabila sudah berjauhan selama satu setengah tahun, perasaan rindu kepada keluargaku sering datang dan makin hari makin membuak-buak perasaan itu. Rumahku bukanlah syurgaku tetapi keluargaku adalah syurgaku. Aku tidak sabar untuk berjumpa dengan keluargaku semasa cuti semester ini!

Comments