Makanan Tradisional Kaum di Malysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog saya.

Entri saya pada hari ini adalah tentang kepelbagaian makanan tradisional kaum di Malaysia di Malaysia terdapat tiga kaum utama iaitu masyarakat Melayu, masyrakat Cina dan masyrakat India.  Makanan tradisional adalah juadah yang menjadi tradisi turun temurun di dalam sesuatu kaum. Makanan tradisional terbahagi kepada beberapa jenis juadah mengikut sesebuah kaum seperti:
  1. Makanan tradisional kaum Melayu
  2. Makanan tradisional kaum India
  3. Makanan tradisional kaum Cina



Related image


Seperti yang kita tahu, masyarakat di Malaysia adalah berbilang kaum. Maka, terdapat banyak makanan tradisional yang terdapat di Malaysia. Makanan tradisional yang pertama adalah makanan tradisional kaum Melayu. Untuk kaum Melayu, tedapat beberapa makanan tradisional yang amat popular seperti Nasi Lemak, Ketupat, Rendang dan juadah kuih-muih seperti Ondeh-Ondeh dan Kuih Bakar. Makanan-makanan ini telah wujudnya dari zaman dahulu dan juga merupakan suatu tradisi. Sepertimana Lemang dan Rendang yang menjadi juadah yang wajib semasa Hari Raya Aidilfitri.


 Image result for lemang
 Lemang (di sebelah kanan), Rendang (di sebelah kiri)

Lemang diperbuat dengan memasukkan beras pulut dan santan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak di atas bara api. Pulut lemang ini amatlah berlemak dan sedap untuk dimakan terutamanya di pagi Syawal. Rendang pula adalah pelengkap kepada lemang. Rendang kebiasaannya diperbuat daripada daging lembu dan ayam. Bagi sesetengah negeri pula menggunakan limpa untuk dijadikan lemng. Rendang ini sering dimasak pada pagi raya atau pada malam sebelumnya kerana proses membuatnya agak lama jikalau hendak dimasak dalam kuantiti yang banyak.


Makanan tradisional yang kedua adalah makanan tradisional kaum India. Untuk kaum India, terdapat beberapa juadah yang terkenal seperti Thosai, Naan, Kari, Kuah Dal, Muruku, Roti Canai dan Idli. Juadah ini sering dihidangkan pada sambutan hari-hari perayaan kaum India seperti perayaan Deepavali. Walau bagaimanapun, beberapa hidangan seperti Roti Canai dan Naan, boleh didapati di kedai-kedai mamak untuk dijadikan santapan pagi. 


Image result for thosai
Gambar di atas menunjukkan Thosai.


Thosai adalah sejenis makanan seakan lempeng dari India yang dibuat dengan menggunakan adunan yang ditapai buat beberapa masa tertentu. Ia juga merupakan hidangan tradisi kaum India dan merupakan makanan utama penduduk tempatan di India. Lazimnya, thosai dihidangkan sebagai sarapan bersama dengan beraneka jenis kuah (sebagai perasa sampingan) sepert kuah kari, kuah dal dan juga cutni iaitu sejenis kuah pekat yang diperbuat daripada campuran kelapa yang dikisar serta perencah rempah dan cili.


 Image result for Kari
Gambar di atas menunjukkan kari ayam


Kari ayam merupakan makanan yang juga popular dikalangan kaum masyarakat India. Untuk menghasilkan hidangan ini, pelbagai jenis rempah ratus digunakan. Yang paling utama dan wajib ada di dalam kari mestilah serbuk kari dan daun kari. Bahan yang lain pula adalah santan, bawang merah, halia, asam keping, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cili, dan bawang putih. Kari juga sering menjadi hidangan sampingan dengan beberapa juadah utama seperti roti canai dan thosai. Tetapi, masyarakat Melayu juga meminati hidangan ini dan mereka boleh menjamu hidangan ini hanya dengan nasi putih.


Seterusnya adalah makanan tradisional masyarakat Cina. Bagi kaum Cina pula, juadah yang sering kita ketahui adalah Dimsum, Nian gao (Kuih Bakul), Kuih Bulan, Mandu (ladu) dan Kek Pulut. Makanan ini biasanya dihidangkan semasa musim perayaan kaum Cina iaitu Tahun Baru Cina. 




Related image

Gambar di atas menunjukkan pelbagai jenis Dim Sum

Dim sum merupakan sejenis makanan atau juadah masyarakat Cina yang ringan dan sering dihidangkan bersama teh Cina. Hidangan ini sering disediakan di dalam saiz yng kecil dan berintikan daging, sayur ataupun makanan laut. Ia juga boleh dijadikan pencuci mulut apabila ia dihidangkan sebagai manisan dan mengandungi buah-buahan. Hidangan ini biasanya dihidangkan dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Tahun Baru Cina. 



 Related image
Gambar di atas menunjukkan kuih bulan.

Kuih bulan merupakan pastri berbentuk bulat atau segi empat tepat dimana intinya diperbuat daripada isi biji teratai dan dikelilingi oleh satu kerak yang agak nipis dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur itik yang masin. Kuih bulan adalah kaya dengan rasa, berat, dan tebal jika hendak dibandingkan dengan kebanyakan kek dan pastri yang berasal dari Barat. Manisan ini kebiasanya dijamu dalam bahagian kecil diiringi dengan teh Cina. Kuih Bulan kebiasanya popular di pasaran apabila menjelangnya perayaan 'Malam Bulan'.

Berikut adalah serba sedikit tentang makanan tradisional kaum di Malaysia. Makanan yang paling saya mahu rasa tetapi tidak diberikan kesempatan untuk merasanya lagi adalah Kuih Bulan dimana kuih ini amatlah terhad untuk didapati terutamanya yang halal. Namun begitu, kita sebagai rakyat Malaysia, amatlah beruntung kerana kita dapat bertukar budaya dan menerokai budaya mereka yang mempunyai keunikan tersendiri. Sebagai contoh, lihatlah Malaysia yang penuh dengan kepelbagaian makanan tradisional. Sampai di sini saja entri hari ini dan sempga berjumpa di entri seterusnya!

Comments